Sejarah Masjid Asy-Syakirin, KLCC

Masjid ini telah dibina oleh KLCC Project pada tahun 1997 lalu siap pada tahun 1998. Masjid ini dibina di atas tapak yang seluas 100 ekar. Pada mulanya, masjid ini didaftarkan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sebagai sebuah surau pada 12 Julai 1999 untuk kegunaan petugas Petronas sebelum dinaikkan taraf sebagai masjid yang ditadbir oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).[bila?] Kos pembinaannya mencecah RM 24 juta serta boleh menampung 6,500 orang jemaah dalam satu masa.[2]

Masjid dua tingkat ini berkeluasan 21 hektar. Masjid ini dianggap[nyatakan menurut siapa?] sebagai "Permata Dalam Taman" kerana kedudukannya yang strategik dan berhadapan dengan Taman KLCC.[3] Masjid ini turut menyediakan sebuah dewan yang mampu menampung seramai 1,000 orang dengan dilengkapi sistem audio, bilik mesyuarat dan bilik jenazah.[4]

Nama Asy-Syakirin yang bermaksud 'orang-orang yang bersyukur' dipilih sebagai nama rasmi untuk masjid ini. Masjid ini merupakan sebuah mercu tanda seni bina Islam di sebuah kawasan yang pesat membangun di tengah ibu kota, Kuala Lumpur.[perlu rujukan]

Pada awal 2009, kerja-kerja pengubahsuaian masjid dengan kos RM 25 juta telah dimulakan. Pengubahsuaian yang dijangka siap pada bulan November 2009 tersebut adalah untuk meningkatkan tampungan masjid kepada 11,000 orang jemaah berikutan pertambahan bilangan jemaah solat Jumaat.[5]

Perasmian

Pada 26 Ogos 2011, Yang di-Pertuan Agong ke-13 Sultan Mizan Zainal Abidin telah merasmikan masjid ini sebelum solat Jumaat diadakan. Yang turut hadir sama ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Othman Mustapha; Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali; dan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi bin Wan Teh.[6]

Rujukan

WikiPedia: Masjid Asy-Syakirin, KLCC http://www.klccconventioncentre.com/KLCC_precinct-... http://www.mstar.com.my/artikel/?file=/2011/8/26/m... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt... http://ii.islam.gov.my/majalah_jakim/suaramasjid63... http://ii.islam.gov.my/mosque/detailed.php?id=3071 http://www.itc.gov.my/mosque/masjid-asy-syakirin-k... //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Masji... //www.worldcat.org/issn/1511-9149 //www.worldcat.org/oclc/850830149 https://web.archive.org/web/20150612164151/http://...